Friday, May 2, 2014

LESUNG

PENDAHULUAN
Lesung merujuk kepada satu alat bagi menumbuk sesuatu bahan, biasanya bahan makanan, contohnya lada dan padi. Terdapat beberapa jenis lesung, iaitu lesung tangan dan lesung kaki. Jenis-jenis ini merujuk kepada cara ia digunakan bagi menumbuk, iaitu dengan menggunakan tangan atau kaki. Kini, terdapat juga lesung automatik, digunakan di makmal-makmal.

PEMBUATAN LESUNG
Lesung biasanya diperbuat daripada kayu dan digunakan secara beramai-ramai. Sementara itu, lesung kaki kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Lesung kaki juga dikenali sebagai lesung hindik. manakala lesung batu biasanya diperbuat dari batu (dipanggil lesung batu) dan jenis besar biasanya diperbuat daripada kayu.

Penumbuk lesung biasanya dikenali sebagai alu atau anak lesung.

JENIS LESUNG
 1. LESUNG KAKI @ HINDIK
2. LESUNG TANGAN
Lesung tangan biasanya terdapat dua jenis pula, iaitu jenis kecil yang biasanya diperbuat daripada batu (dipanggil lesung batu) dan jenis besar yang diperbuat dari kayu. gambaran jelas.. lihat gambar dibawah:-
LESUNG TANGAN (KAYU)
Lesung tangan (kayu_, biasanya digunakan bagi untuk menumbuk padi atau tepung beras bagi persediaan memasak, terutamanya bagi penyediaan  laksa .


LESUNG TANGAN (BATU)
Lesung batu, biasanya digunakan bagi persediaan memasak, terutamanya bagi penyediaan sambal belacan.