Monday, June 10, 2024

Rumah Orang Melayu

ORANG MELAYU MEMANG GENIUS

4 Sebab Mengapa Rumah Melayu Dinobatkan Antara Seni Bina Terbaik Dunia.

1) LALUAN ANGIN.
Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam. 
 Pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. 
Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

2) PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.
Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

3) RUMAH TINGGI
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

4) KIBLAT LURUS.
Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.
Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Sumber: Traditional Values and Their Adaptation in Social Housing Design: Towards 
A New Typology and Establishment of 'Air House' Standard in Malaysia.

#FoIMPAK   
#SeniMelayu   
#RumahTradisional