Sunday, January 19, 2025

Buat khas semua..

*S A J A K T U A*


 _*Kita Ni Dah Tua*;_
_Wajah Luntur Di Telan Usia;_
_Lain Didengar Lain Dikata;_
_Lain Dicari Lain Yg Dijumpa;_
 _Mata Kabur Tak Kenal Rupa;_
_Wang Di Saku Kadang2 Lupa_.

 _*Kita Ni Dah Tua;*_
_Ada Cucu Elok Di Jaga;_
_Buat Teman Di Waktu Senja;_
_Anak2 Sibuk Tah Ke Mana;_
_Kita Dok Termenung Di Jendela._

_*Kita Ini dah Tua;*_
_Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata;_
_Sekali Ingat Sekali Lupa;_
_Macamana Nak Jadi Juru Kira._

_*Kita Ni Dah Tua;*_
 _Ada Harta Elok Diguna;_
_Bayar Zakat_, 
_Derma Ikhlas Masuk Dana_
 _Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila;_
_Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empayar;_
_Lebihkan Amal Tambah Pahala._

 _*Kita Ni Dah Tua;*_
_Tubuh Lesu Lutut Ketar;_
_Elok Berzikir Dari Mengira Harta;_
_Elok Berehat Dari Bekerja;_
_Urut Kaki Pulas Tangan_ 
_Putar Kiri Putar Kanan;_
 _Sampai Dada Rasa Lega_
 _Alhamdulillah umur Masih Ada._

 _*Kita Ini dah Tua*;_
 _Intai Sahabat Mana Yang Ada_
 _Ajak Bergurau Ajak Bersenda_
 _Jangan Lagi Kata Mengata_
 _Ajak Berlawak Ketawa Berjela_
 _Lupa Seketika Kita dah Tua ._

*Salam Ukhuwwah Buat keluarga semua*

 Aamiin Ya Rabbal Alamiin Wassalam

Sunday, November 17, 2024

PEMAHAMAN BERSAMA

...

Kalau pokok getah tua. 
Susu getah dah kurang. 
Siap ditebang.
Tiada siapa lebih. 
Tiada yang kurang.
Yang muda menghormati yang tua. 
Yang tua menyayangi yang muda. Supaya ilmu dan pengalaman diperturunkan kepada yang muda. Supaya yang muda susu getahnya banyak....

Begitulah perumpamaan...
Saling melengkapi...
Bukan ikut kepala sendiri...
Tak Kira tua atau muda...


Wednesday, October 30, 2024

SEMANGAT

Lidi nak kena raut kemas-kemas,
Kumpul lidi rapat-rapat,Ikat,
Banyak sangat sampah kat Halaman rumah nak kena sapu,
Sireh nak kena siram bagi subur,
Daun kaduk dah sibuk nak memanjat para-para

MEMBERSIH LADANG ITU BKN SEKADAR MENEBAS POHON TUA AKAN TETAPI HAPUSKAN JUGA BIJI2 BENIHNYA AGAR TIADA LAGI KERJA SUSULAN DI KEMUDIAN HARI.

Monday, October 21, 2024

MARUAH

Seorang wanita bertanya pada seorang penjual pisang yang sudah tua: "Berapa harga pisang ni pakcik jual?"

Orang tua tu jawab, "RM3.50 sesisir, puan."

Wanita tu jawab balik, "Saya ambik  2 sisir untuk RM 5.00, kalau tak saya pergi."

Pakcik tu jawab, "Beli lah dengan harga yang puan nak. Ini dah cukup baik untuk saya sebab saya belum jual satu sisir pun hari ni, dan saya perlukan ni untuk terus hidup."

Wanita tu pun beli pisang itu dengan harga yang dia tawar tadi dan pergi dengan rasa puas hati, seolah dia dah menang. Lepas tu, dia masuk kereta mewah dia dan pergi ke restoran mahal dengan kawan dia. Mereka pesan makanan yang mereka nak. Makan sikit je, tapi banyak yang tinggal. Bila nak bayar, jumlah bil RM150, tapi mereka bagi RM200 dan cakap kat pemilik restoran mahal tu supaya simpan baki sebagai tip.

Cerita ni mungkin nampak biasa bagi pemilik restoran mewah tu, tapi sangat tak adil bagi penjual pisang itu. Soalan yang timbul ialah: Kenapa kita selalu nak tunjuk kuasa bila kita beli daripada orang yang memerlukan? Dan kenapa kita murah hati pada orang yang tak memerlukan murah hati kita?

Pernah terbaca kat satu tempat, ada seorang ayah suka beli barang dari orang miskin dengan harga yang mahal, walaupun dia tak perlukan barang tu. Kadang-kadang dia bayar lebih lagi. Anak-anak dia pelik dan tanya, "Kenapa ayah buat macam ni?"

*Ayah tu jawab, "Ini sedekah yang dibungkus dengan maruah."*

#Renungkanlah

Saturday, August 10, 2024

MAK

TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA

Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya. 

Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.

Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.

Sekian