Monday, January 26, 2026

CERITA DI SEBALIK CERITA

👉🏻"Bermula Sebagai Kuli Ladang Tebu, Akhirnya Mahu Jadi Perdana Menteri. Kisah Fiji Yang Hilang Dari Peta Kuasa Peribumi."

👉🏻Tuan-tuan kalau sebut Fiji, mesti terbayang air laut biru, pasir putih dan orang pakai baju bunga-bunga main gitar tepi pantai. Syurga pelancongan, kan?

👉🏻Tapi di sebalik keindahan poskad tu, Fiji menyimpan satu sejarah luka yang sangat dalam. Luka yang berdarah akibat "Toleransi" yang memakan diri. Kisah ini bermula zaman penjajah British (sekitar 1879). Skrip dia macam hampir sama dengan beberapa buah negara lain.

👉🏻British nak usahakan ladang tebu di Fiji. Tapi orang asal Fiji (iTaukei) tak nak kerja ladang. Mereka selesa hidup di kampung, tangkap ikan, tanam ubi. Hidup sara diri, tenang. British tak puas hati. British nak duit.

👉🏻Jadi, British angkut masuk buruh dari India (dipanggil Girmityas). Ribuan orang dibawa masuk naik kapal untuk jadi kuli potong tebu.

👉🏻Masa tu, Ketua-Ketua Adat Fiji (Ratu) setuju.
Mereka fikir: "Alah, biarlah mereka kerja berat tu. Kita duduk diam-diam kutip sewa tanah. Tanah masih hak kita." Sikap "tak apa" inilah permulaan segala bencana.

👉🏻Kaum pendatang ni, sifat mereka memang "survival". Mereka datang sehelai sepinggang, jadi mereka kerja bagai nak gila. Mereka kumpul duit. Mereka tak boros. Dan yang paling penting, mereka hantar anak-anak mereka pergi sekolah tinggi-tinggi.

👉🏻Sementara orang asal Fiji masih selesa menyanyi tepi pantai dan berbangga dengan gelaran "Tuan Tanah", anak-anak pendatang tadi dah mula masuk universiti. Tahun demi tahun berlalu. Generasi berganti generasi.

👉🏻Buruh ladang tebu tadi dah tak ada. Yang ada sekarang adalah peguam, doktor, akauntan dan toke-toke besar yang menguasai ekonomi Fiji. Orang asal Fiji? Masih di kampung. Masih pegang geran tanah, tapi poket kosong.

👉🏻Tanah mereka dipajakkan kepada kaum pendatang untuk berniaga. Yang kaya, penyewa. Yang miskin, tuan tanah. Bila ekonomi dah pegang, apa langkah seterusnya?

👉🏻Menjelang tahun 1980-an, populasi kaum India di Fiji dah meletup. Malah pada satu ketika, jumlah mereka MELEBIHI jumlah orang asal Fiji sendiri.

👉🏻Bayangkan. Tuan rumah jadi minoriti dalam rumah sendiri. Bila jumlah dah ramai, suara mereka makin lantang. Mereka mula cakap pasal "Hak Samarata" 

Mereka kata: "Kami lahir di sini. Kami bangunkan ekonomi negara ni. Kenapa Perdana Menteri mesti orang asal Fiji? Kami pun nak memerintah!" Orang asal Fiji mula sentap. Baru mereka sedar mereka dah terlena terlalu lama. Tapi nasi dah jadi bubur.

👉🏻Pada pilihan raya tahun 1987, gabungan parti yang didominasi oleh kaum India (diketuai Dr. Timoci Bavadra, walaupun dia Fiji tapi kabinetnya penuh orang India) menang pilihan raya.

👉🏻Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan Fiji dikuasai oleh "tetamu" yang dibawa masuk oleh British dulu. Orang asal Fiji panik. Mereka rasa terancam. Tanah mereka, adat mereka, agama mereka... semua rasa macam bakal tergadai.

👉🏻Mereka turun ke jalan raya. Mereka protes.
"Fiji for Fijians!" laung mereka. Tapi kuasa dah lepas ke tangan orang lain melalui peti undi yang sah. Bila demokrasi gagal melindungi peribumi, maka DARAH yang mengambil alih.

👉🏻Pada 14 Mei 1987, seorang Leftenan Kolonel bernama Sitiveni Rabuka (orang asal Fiji) melangkah masuk ke Parlimen bersama askar bertopeng gas. Dia acukan senapang. Dia tangkap Perdana Menteri dan kabinetnya.

👉🏻Rabuka isytiharkan rampasan kuasa (Coup d'etat).
Alasan dia mudah dan menakutkan: "Aku buat ini untuk pastikan orang Fiji tidak menjadi pelarian di tanah air sendiri."

👉🏻Dunia kecam Rabuka. Komanwel buang Fiji. Ekonomi jatuh merudum. Tapi bagi orang asal Fiji, Rabuka adalah wira penyelamat. Mereka tak peduli ekonomi jatuh, asalkan kuasa politik kembali ke tangan peribumi.

👉🏻Fiji melalui siri rampasan kuasa demi rampasan kuasa (1987, 2000, 2006). Semuanya berpunca daripada ketidakpuasan hati peribumi terhadap dominasi ekonomi dan politik kaum pendatang.

👉🏻Apa yang jadi di Fiji adalah satu tragedi. Tapi ia juga satu UNIVERSITI kehidupan untuk kita belajar.
Tuan-tuan nampak tak? Pencerobohan kedaulatan tak berlaku sekelip mata. Ia tak datang dengan kereta kebal dari luar.Ia datang melalui EKONOMI dulu.

👉🏻Mula-mula mereka minta tumpang cari makan. Kita bagi. Lepas tu mereka minta bina tempat ibadat dan sekolah. Kita bagi atas dasar toleransi.

👉🏻Lepas tu mereka kuasai pasaran borong, kedai runcit, sampai ke syarikat besar. Kita masih selesa jadi pengguna. Akhirnya, bila mereka dah pegang urat nadi duit negara, mereka akan beli ahli politik.

👉🏻Mereka akan tuntut supaya undang-undang diubah. Mereka akan cabar hak istimewa peribumi.
Masa tu, barulah kita terhegeh-hegeh nak melenting.

👉🏻Barulah kita nak marah bila tengok bangunan mereka naik megah atas tanah kita, sedangkan rumah kita makin kecil di pinggir bandar. Isu di Fiji bukan pasal benci kaum lain.

👉🏻Tapi pasal kelalaian peribumi yang membiarkan "jarum halus" masuk mencucuk kulit. Orang Fiji bernasib baik sebab tentera mereka 100% orang peribumi, jadi mereka boleh rampas kuasa guna senapang.

👉🏻Ingatlah tuan-tuan. Toleransi itu bagus. Tapi toleransi tanpa batas adalah KEBODOHAN.Jangan sampai satu hari nanti, cucu cicit kita tanya: "Atuk, kenapa nama kampung kita ni nama Melayu, tapi tuannya bukan orang Melayu?"

👉🏻Masa tu, jawablah dengan air mata. MasyaAllah, sesungguhnya Allah S.W.T memberikan tanah air kepada sesuatu bangsa sebagai amanah untuk dijaga dan dimakmurkan.

👉🏻Kehilangan kedaulatan bukan hanya kerana kekuatan musuh, tetapi seringkali kerana kelemahan dan kelalaian umat itu sendiri dalam mempertahankan hak mereka.

Moga kita bangkit daripada tidur yang panjang sebelum segalanya terlambat.

*Ingatlah dan renungkan CERITA ini untuk keseluhan anak Anak pribumi*

Thursday, January 1, 2026

NASIB PEJUANG

SUATU MASA MALAYSIA PUN TAK  BERKECUALI 

Apabila Che Guevara ditangkap di tempat persembunyiannya, setelah seorang penggembala kambing melaporkannya, seorang tentera bertanya kepada penggembala itu dengan penuh hairan:

"Bagaimana engkau sanggup melaporkan seorang lelaki yang telah menghabiskan seluruh hidupnya berjuang untuk rakyatmu dan mempertahankan hak-hak kalian?"

Penggembala itu menjawab dengan tenang:

"Perang-perangnya dengan musuh menakutkan kambing-kambingku."

Jawapan itu pendek, tetapi mengiris hati.
Kerana begitulah manusia – mudah lupa kepada mereka yang berjuang untuknya, mudah takut apabila perjuangan mula mengganggu keselesaan.

Namun kisah seperti ini bukan hanya milik zaman moden.
Lebih dua abad sebelumnya di Mesir, panglima agung Muhammad Karim bangkit menentang kempen penjajahan Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte. Setelah beliau ditangkap, mahkamah penjajah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Napoleon memanggilnya dan berkata dengan nada kagum:

"Aku kesal kerana terpaksa menghukum mati seorang lelaki yang telah mempertahankan tanah airnya dengan begitu gagah berani. Aku akan mengampunkanmu jika engkau dapat membayar sepuluh ribu keping emas sebagai ganti rugi atas tenteraku yang terkorban."

Muhammad Karim menjawab dengan tenang namun berani:

"Aku tidak memiliki sebanyak itu, tetapi aku boleh hutang dari para pedagang di negeriku melebihi seratus ribu keping emas."

Napoleon memberinya sedikit masa. Maka keluarlah Muhammad Karim ke pasar dalam keadaan terikat dengan rantai, diiringi tentera penjajah, membawa harapan bahawa orang-orang yang telah dia korbankan dirinya untuk mereka akan membantu.

Tetapi pasar itu sunyi.
Tiada seorang pun yang datang.
Malah para pedagang menuduhnya sebagai punca kehancuran Iskandariah dan kemerosotan ekonomi mereka.

Beliau kembali kepada Napoleon dengan hati yang hancur. Napoleon memandangnya lama dan berkata:

"Aku tidak akan menghukum matimu kerana engkau berperang menentang kami,
tetapi kerana engkau telah mengorbankan hidupmu demi kaum yang pengecut,
kaum yang lebih mencintai perniagaan mereka daripada kebebasan tanah air mereka."

Dan Dr Muhammad Rasyid Ridha pernah menulis dengan getir:

"Seorang pejuang yang bangkit untuk masyarakat yang jahil
ibarat orang yang membakar tubuhnya sendiri untuk menerangi jalan bagi seorang buta."

Zaman berlalu.
Nama berubah, wajah berganti, tetapi kisahnya tetap sama.

Saddam Hussein, pemimpin yang pernah menakutkan dunia Barat dengan keberaniannya, dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri.
Saat tali gantung menjerut lehernya, tidak ada lagi laungan sokongan. Mereka yang pernah bersorak namanya kini menjadi penonton senyap di layar televisyen, menyaksikan pemimpin mereka mati dalam kehinaan.

Muammar Gaddafi, yang membangunkan Libya dari padang pasir menjadi negara terkaya di Afrika, diseret dan dipukul hingga mati oleh tangan-tangan rakyat yang pernah menikmati hasil kekayaan negaranya.
Darahnya membasahi tanah yang pernah dia suburkan sendiri.

Keduanya tidak sempurna, seperti setiap manusia lain. Tetapi yang menyayat hati bukanlah kejatuhan mereka, melainkan pengkhianatan rakyat yang pernah mereka lindungi.

Dari Che Guevara ke Muhammad Karim, dari Saddam Hussein ke Muammar Gaddafi, sejarah berulang dengan irama yang sama:

"Tidak semua perjuangan akan dibalas dengan kesetiaan."

Namun para pejuang sejati tetap berjuang, bukan kerana mereka mengharap pujian,
bukan kerana mereka ingin disanjung,
tetapi kerana mereka tahu,
tanah air, kebenaran, dan maruah tidak akan pernah terbela oleh jiwa yang takut rugi.

Wallahuaqlam

Saturday, September 27, 2025

Rasuah & integrity

'When you lose your money….you lose nothing'

'When you lose your health….you lose something'

'When you lose your character….you lose everything'

- Filem Lanksy (2021) no

'We cannot forget who we are….or where we come from'

- Filem 'The Last Samurai' (2003)

'Remember who you are….You are my son'

- Filem 'The Lion King' (1994) 


Fendy- Kuala Nerus, Terangganu

Wednesday, July 16, 2025

STILL WAITING AT THE DOOR

I Built Our Home With Bleeding Hands
Laid Each Brick With Love And Plans
You Were My Light, My Reason Why
Now I Just Talk To An Empty Sky

I'm Still Waiting At The Door
Where Your Laughter Lived Before
Every Night I Whisper Low,
"Come Back Home. Don't Let Me Go."
But Silence Is All I Know

You Wore Your Cap, I Fixed Your Tie
Watched You Chase Your Dreams And Fly
I Gave You Wings-I Stayed Behind
But Now You're Gone, And So Is Time

I'm Still Waiting At The Door
Where Your Footsteps Touch The Floor
Even Pain Begins To Fade
But The Love—It Always Stays
Still Alone Still Afraid

I Don't Need Much—Just One More Day
To Hear You Call, To Hear You Say
That I Remember Who You Are
But Wishes Don't Go That Far

So I Sing Here On This Stage
Old And Tired, Full Of Ache
Not For Gold Not For Fame
Just To Call Out Your Name
Still Waiting Still The Same




Sunday, July 13, 2025

PERCAYA DIRI

Beberapa hari lepas, kita dikecohkan dengan iklan yg mahu menemuduga doktor & pakar kesihatan di Malaysia untuk bekerja di Singapura.

Tawaran gaji, elaun dan faedah yang sangat lumayan mencecah RM400,000-500,000 setahun walaupun untuk doktor di ranking junior.

Hal ini membawa ingatan aku kepada satu kisah negarawan ulung, The one and only Rohimahullah Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, yg genap mencapai usianya 100 tahun semalam. 

Pada tahun 1989, 36 tahun yang lampau. Ketika Tun Mahathir berusia 64 tahun - beliau telah terkena serangan jantung buat pertama kali dalam sejarah kehidupan dan perjuangannya sebagai pemimpin negara.

Masa seakan terhenti apabila Tun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, HKL akibat serangan jantung.

Setelah diperiksa, tidak ada jalan lain untuk merawat seorang negarawan ketika itu melainkan dengan pintasan arteri koronari - bypass jantung.

Malaysia pada tahun 1989, belum lagi memiliki kepakaran cardiothoracic yang 'matured'. Dengan kata lain, negara pada waktu itu masih kurang pengalaman dalam operasi pintasan arteri koronari, dan hanya HKL satu satunya hospital yang menyediakan wad rawatan pesakit jantung.

Melihat pada kebimbangan dan risiko nyawa seorang pemimpin penting negara, para menteri kanan turut memberi cadangan supaya Tun Mahathir diterbangkan ke negara lain yang lebih maju dalam teknologi perubatan, terutamanya negara yang memiliki pakar cardiothoracic dengan pengalaman belasan atau puluhan tahun.

Maka di sinilah negara jiran Singapura melalui Perdana Menterinya mendiang Lee Kuan Yew - seorang negarawan yang dianggap on par dengan kecerdikan dan kebijaksaan Tun, datang menghulurkan bantuan.

Dengan penuh hormat, beliau berusaha memujuk Tun Mahathir, supaya diterbangkan ke Singapura segera kerana di sana mereka memiliki segala teknologi dan kepakaran yang diperlukan untuk merawat Tun.

Apa jawapan Tun Mahathir?

"Saya tak mau!"

Tidak mudah kecewa, dan dengan niat ingin membantu rakan sejawat, Perdana Menteri Singapura itu menawarkan pula supaya diterbangkan segala alatan dan pakar pakar cardiotorasic dari Singapura untuk berkampung di HKL demi merawat Tun Mahathir.

Apa kata Tun?

"Saya tetap tak mau!"

Lee Kuan Yew sampai terpaksa memujuk Tun Hasmah supaya meyakinkan Tun Mahathir bahawa Singapura ada segala galanya yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa seorang Perdana Menteri Malaysia. 

Apa kata Tun lagi?

"Saya tetap tak mau!"

Maka pujuk Tun Hasmah,

"Siapa yang abang Det mau untuk buat pembedahan jantung yang sangat berisiko ni?"

Maka jawab Tun Mahathir tanpa ragu,

"Bawakan aku doktor muda tempatan anak Malaysia yang kita telah lahirkan itu, aku mahu Dr Yahya Awang lakukan pembedahan ini!"

Para menteri, hatta Tun Hasmah serta anak anak seakan tidak percaya dengan permintaan Tun Mahathir.

Dr Yahya Awang.

Seorang doktor muda berusia cuma 39 tahun pada waktu itu, antara pakar cardiothoracic terawal yang negara miliki - namun beliau masih sangat muda dengan pengalaman pembedahan cuma berjumlah 55 kali, satu angka pengalaman di tahap 'beginner to intermediate' pada penilaian standard pakar pakar jantung seluruh dunia!

Bagaimana seorang doktor muda yang kurang pengalaman diminta melakukan pembedahan sangat berisiko ke atas seorang perdana menteri?

"Bawakan Dr Yahya Awang. Aku percaya kepada dia. Dia anak bangsa negara Malaysia. Aku yakin dan percaya dengan keupayaan dan kemampuan anak watan yang lahir dari negara ini. Aku percaya dia juga setanding dengan pakar dari Singapura, atau pakar lain dari serata dunia. 

Kalau aku sebagai Perdana Menteri tidak percaya dengan keupayaan anak Malaysia, siapa lagi yang mahu percaya?

Kalau aku selalu pemimpin utama negara, tidak yakin dengan sistem kesihatan kita, siapa lagi yang akan percaya?

Kalau aku, tidak berani mempertaruhkan nyawa sendiri untuk membuktikan yang pakar kita juga setanding dengan negara maju - siapa lagi yang berani buktikannya?

Bawakan Dr Yahya Awang, lakukan saja operasi ini - biar aku menjadi galang ujinya"

****

Semua terdiam.

Tun Mahathir, ketika bertarung dengan nyawanya - masih mempercayai dan meyakini kemampuan anak Malaysia. Beliau tidak peduli pun dengan tawaran tawaran lain yang pada hemat umum, lebih selamat dan kurang berisiko.

Maka tidak ada pilihan, Dr Yahya Awang, doktor muda berusia 39 tahun, pakar bedah cardiothoracic yang dikategorikan masih kurang berpengalaman - hadir memberi khidmat baktinya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Pembedahan dijalankan.

Seluruh negara dalam debaran!

Kini, di tangan Dr Yahya Awang bukan hanya sebilah pisau bedah yang akan menentukan nyawa seorang pemimpin - malah yang lebih getir dia sedang mempertaruhkan maruah sebuah negara dalam setiap torehan dan jahitan operasi bedahnya.

Setelah selesai semuanya, 

Dr Yahya Awang keluar dari dewan bedah dengan senyuman;

"Alhamdulillah, operasi pintasan jantung berjaya! Perdana Menteri selamat dan stabil"

Maka selebihnya adalah sejarah.

Tun Mahathir bukan sahaja meninggalkan kita dengan legasi visi, kemajuan, serta kemodenan - bahkan mengajarkan kita dengan nilai paling bermakna;

Berkorban nyawa demi negara!

Percaya kepada anak bangsa!

Tidak terpesona dengan kehebatan negara orang!

Negara Malaysia - tanah tumpah darah ini - adalah segalanya buat beliau.

Itu lah Tun Mahathir yang patut kita kenang dalam secebis kisah sejarah, yang semakin dilupakan orang.

Selamat menyambut hari lahir yang ke-100 tahun Tun Mahathir The Rohimahullah 🤘

Semoga terus sihat bernyawa untuk seratus tahun lagi!

-Fdaus Ahmad