Tuesday, July 19, 2016

BUDAYA MEMBODEK

Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.

"Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.

"Perlu ditekankan, bodek boleh berlaku kerana  seseorang individu itu  tiada kualiti, kurang ilmu dan kemahiran, kurang tanggungjawab dan malas. Untuk mewujudkan situasi 'menjaga hati'  bos atau majikan  mesti ada tetapi  profesionalisme mesti mengatasi segalanya,"
 

Mengapa ada individu yang tidak tahu hendak bekerja secara  profesional tetapi gemar membodek?

Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail berkata, persoalan itu berlaku kerana pekerja di dalam situasi tersebut tidak memahami tugasan dengan sebetulnya ketika di pejabat, tidak bertanggungjawab tetapi ingin mendapat perhatian lebih.

Menurutnya, seseorang pekerja itu tidak tahu hendak berbuat apa-apa berikutan tidak berilmu, kemahiran, kreativiti serta proaktif, melainkan hanya tahu menunggu arahan daripada bos atau penyelia.

"Oleh kerana hendak menjaga hati bos dan majikan, maka dia membodek. Ini berbeza dengan seseorang yang jelas tugasannya dan profesional. Pekerja sebegini tidak bergantung atau perlu membodek bos atau majikan, kerana hasil kerja sudah terserlah cemerlang berdasarkan kepada tugasan yang diberikan," ujar Prof Ahmad dalam memberi pandangan beliau berhubung amalan bodek di pejabat.

Tegasnya, sepatutnya perbuatan bodek membodek tidak perlu berlaku kerana setiap individu yang terlibat di dalam sesebuah organisasi perlu profesional dalam kerja walaupun hubungan kemanusiaan itu wajib ada.

"Berbalik kepada peringkat sekolah dan universiti. Pelajar dilatih mengikut kurikulum yang dibina khas untuk pembangunan  sumber manusia dan keperluan profesional negara untuk masa depan.

"Sistem pendidikan mempunyai takwim, panduan, skim, sistem dan kriteria khas mengenai penyampaian kurikulum, penilaian dan pengredan atau pemarkahan. Dalam sistem pendidikan, isu bodek untuk pemarkahan tidak timbul. Setiap pelajar sepatutnya tahu berapa
markah yang beliau dapat dan sejauh mana dia perlu berusaha untuk mencapai markah yang diperlukan.

"Bahkan kurikulum di universiti mengajar penuntut supaya berdikari mencari maklumat, menganalisis dan membuat tafsiran manakala pensyarah memberi panduan mencari maklumat, menganalisis maklum balas pelajar dan menilai pencapaian mereka berasaskan  tugasan diberikan dan masa yang diberikan," ujar beliau.

Prof Ahmad berkata, itulah proses membentuk profesionalisme yang diterima generasi muda. Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar, maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.

"Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.

"Perlu ditekankan, bodek berlaku kerana seseorang individu itu tiada kualiti, kurang ilmu dan malas. Untuk mewujudkan situasi 'menjaga hati' bos dan majikan itu mesti ada, tetapi profesionalisme mesti mengatasi segalanya," ujar Prof Ahmad.

Justeru, katanya, untuk mengelak bodek, tugasan kena jelas dan bertanggungjawab serta dinilai pada akhir masa yang ditetapkan berasaskan sistem yang ada. Setiap pekerja sudah ada senarai semak kerja harian, mingguan atau bulanan dan perlu dilaporkan kepada majikan atau ketua mereka," akhiri Prof Ahmad.

Sumber:
Sinar Harian

KHAZANAH PERUBATAN MELAYU

Ilmu Tabib, itulah nama bagi sebuah manuskrip kitab Perubatan Melayu yang agak ringkas namun padat dengan pelbagai petua dan teknik rawatan. Ia dialih tulisan daripada Jawi kepada Rumi oleh A. Samad Ahmad di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Walaupun tamadun Melayu kaya dengan ilmu perubatan, namun tidak banyak tinggalan yang masih kekal. Antara faktor utamanya ialah warisan turun-temurun yang kurang ditulis dan dibukukan secara formal.

Manakala tulisan-tulisan yang ada, kebanyakannya telah diambil oleh penjajah dan dibawa balik ke negara mereka. Yang berbaki hanya beberapa manuskrip yang masih ada di Tanah Melayu.Manuskrip Ilmu Tabib ini merupakan naskah salinan daripada kitabnya yang asal. Tidak dapat dipastikan sudah berapa kali ia disalinsebarkan, boleh jadi manuskrip ini salinan atas salinan. Berdasarkan catatan pada manuskrip ini, ia siap disalin pada bulan Syawal 1288H, iaitu sekitar bulan Disember 1871.

Pada awal kitab ini diperturunkan dua asas ilmu perdukunan iaitu Rijalul Ghaib dan Ilmu Betara Guru. Rijalul Ghaib merujuk kepada empat bersahabat yang bersifat ghaib. Fungsi Rijalul Ghaib ini adalah untuk membantu dukun dalam merawat penyakit. Konsepnya sama sepertimana dalam Sufisme yang turut menyatakan kewujudan 'hierarki ghaib' yang terdiri daripada wali-wali seperti Abdal, Aqtab dan Ghaus.

Rijalul Ghaib ini mempunyai aspek ruang dan masanya yang tersendiri, atau disebut sebagai "Langkah Rijalul Ghaib". Contohnya seperti;

"Pada tiga likur haribulan di utara; pada empat likur haribulan di tenggara" pada lima likur haribulan di barat daya; pada enam likur haribulan di selatan; pada tujuh likur haribulan di timur tepat; pada delapan likur haribulan di timur laut; pada sembilan likur haribulan di timur tepat; pada tiga puluh haribulan di utara."

Ilmu Betara Guru pula menyebutkan cara untuk memperoleh kebolehan dan keistimewaan yang khusus untuk merawat penyakit fizikal atau spiritual seperti kerasukan dan gila. Terdapat amalan tertentu yang perlu dilakukan dan bahan-bahan tertentu perlu disediakan. Ada bacaan yang perlu diamalkan selama 40 hari iaitu;

"Hei Bismi aku tahukan asalmu daripada embun setitik, tiga cahaya, tiga rupa, tiga nama; Itam Bisma namanya. Namasa merah Barhama namanya. Bambam kata Allah, bisa tawar, tajamnya tumpul, sakitnya sembuh. Assalamu alaikum Sheikh Abdul Kadir Jailani; assalamu alaikum Sheikh Abdul Rahman yang di kananku. Assalamu alaikum Quran dan Taurat di kiriku; Raja Darul Ghani tolonglah aku, keramatlah aku dengan kuasa Allah, dengan berkat Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah."

Selain daripada kenyataan-kenyataan perubatan, kitab ini turut memuatkan pelbagai kisah menarik seperti kisah "Pendapat Empat Tabib yang Berbeza".

Analisis kitab ini secara sistematik boleh dibahagikan kepada dua, iaitu aspek teoretikal dan aspek praktikal. Antara aspek teoretikal yang dinyatakan dalam kitab ini ialah asas Fisiologi seperti struktur asas manusia yang terdiri daripada empat unsur iaitu;

1. Api – Panas dan Kering
2. Angin – Panas dan basah
3. Air – Sejuk dan basah
4. Tanah – Sejuk dan Kering

Keempat-empat unsur ini dimasyhurkan oleh Tan Sri P. Ramlee melalui karya perfileman beliau dengan istilah "Mambang". Campuran unsur-unsur ini menghasilkan empat jenis cecair tubuh iaitu;

1. Dam (Darah) – Panas dan Basah
2. Balgham (Kahak) – Sejuk dan Basah
3. Safra' (Hempedu Kuning) – Panas dan Kering
4. Sauda' (Hempedu Hitam) – Sejuk dan Kering

Daripada cecair-cecair inilah lahirnya pelbagai organ kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien. Beberapa istilah ini disebut secara tidak tepat oleh pengalih tulisan manuskrip ini, mungkin atas faktor penguasaan Bahasa Arab yang terhad atau ketidakjelasan pada manuskrip.

Aspek teoretikal lain yang dinyatakan ialah Patologi (penyakit), Etiologi (punca penyakit) dan Simptomatologi (tanda penyakit). Terdapat pelbagai jenis penyakit yang dinyatakan, namun ada lapan jenis yang istimewa iaitu Aksinat, Ayutat, Sonitat, Salitat, Badiaturtat, Aturtat, Aputat dan Piutat.

"Fasal ini menyatakan penyakit aksinat, perangainya panas, penyakit dewa ayutat perangainya muntah, penyakit sonitat itu perangainya selap, penyakit tuarus itu perangainya kelu mata, tiada khabar diri, lemah kakitangan, dan penyakit salitat jadinya penyakit itu sebab bekerja berat dan sebab main dan berhujan, galak mencucuk kedua lambungnya dan hulu hatinya. Adapun penyakit badiaturtat itu, perangainya gementar tubuhnya sekalian, penyakit aturtat perangainya sengkak ari- ari dan keras belikatnya serta sedum sebab duduk lama dan sejuk. Penyakit aputat pula perangainya lemah kakitangan segenap sendi, sangat suka tidur siang, dan penyakit piutat itu perangainya sengal pergelangan kakitangan, sejuk, sakit pinggang dan belikat, tiada boleh duduk lama."

Aspek praktikal yang ditekankan ialah aspek perawatan. Ia dikelaskan dengan cara yang agak sistematik sepertimana dalam Perubatan Moden. Setiap organ dinyatakan penyakitnya dan kaedah merawatnya.

Penyakit-penyakit yang disebutkan dalam kitab ini tidak terhad kepada penyakit yang ringkas dan mudah sahaja seperti demam dan batuk, penyakit yang kritikal seperti barah (kanser) juga dinyatakan bersama cara merawatnya, begitulah juga dengan penyakit kategori ortopedik.

Perawatan penyakit yang diketengahkan oleh penulis kitab ini tidak tertumpu kepada ubatan mineral, tumbuhan dan haiwan semata-mata, bahkan penggunaan kaedah spiritual turut dimuatkan seperti mantera, azimat, rajah dan wafak. Berikut merupakan contoh mantera untuk kepatahan;

"Bismillahir Rahmanir Rahim! Hong tujang belulang akan aku, apa guna dulang sedulang, urat bertemu daging; bertemulah tulang si……. (nama pesakit) yang patah; seperti ular telan-menelan, berkat kalimah Lailaha ilallah Muhammadur Rasulullah."

Sesetengah penilai mungkin terus menghukum perkara-perkara sebegini sebagai khurafat, bid'ah, tahyul dan syirik. Namun, pendekatan yang ilmiah, akademik dan saintifik adalah lebih relevan dalam mengkaji dan menganalisis isi kandungan kitab ini.

Kesimpulannya, Perubatan Melayu terbina atas gabungan dan campuran pelbagai corak pemikiran, ia mengandungi unsur-unsur daripada Sufisme, Arab, Yunani dan juga Hinduisme. Kajian lanjut boleh dijalankan atas pelbagai manuskrip Perubatan Melayu yang masih ada. Kandungannya boleh dibangunkan dan disumbangkan dalam sistem perubatan semasa dengan pelbagai penambahbaikan. Inilah ulasan ringkas mengenai Kitab Ilmu Tabib.

Monday, July 18, 2016

Intellectual Barbarism

Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah "Intellectual Barbarism" ini. Namun dalam dunia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit "Intellectual Barbarism" ini. Apa itu "Intellectual Barbarism"?

Jika dalam dunia Islam, Adab itu lebih tinggi nilainya berbanding ilmu. Ini kerana dengan melalui adab lah menunjukkan seseorang itu berilmu atau tidak. Jika seseorang itu kelihatan berilmu tetapi tidak beradab, maka inilah yang diistilahkan oleh Barat sebagai "Intellectual Barbarism".

Tokoh terkehadapan di Malaysia yang membahaskan penyakit ini ialah al-Marhum Prof Dr Uthman el-Muhammady, seorang ulama tersohor dari Kelantan. Beliau begitu gusar melihat dunia keilmuan di Malaysia. Manusia kehilangan adab. Menurut beliau, penyakit ini hanya boleh diubati dengan ilmu Akhlak Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ilmu Tasawwuf. Sebenarnya "Intellectual Barbarism" ini memiliki beberapa peringkat.

"Intellectual Barbarism" boleh berlaku ke atas seseorang itu seawal peringkat menuntut ilmu lagi. Sebagai penuntut ilmu, seseorang yang tiada adab belajar adalah dikategorikan sebagai "Intellectual Barbarism". Sebagai contoh, bagi memudahkan faham, hal ini boleh dihurai melalui disiplin mempelajari ilmu hadis kerana masyarakat kita amat meminati akan ilmu ini.

Kita bermusafir menuntut ilmu ke oversea bagi mencari seorang guru yang alim. Namun apabila guru yang alim ini membacakan hadis-hadis, kita yang baru mengenali sedikit ilmu hadis celapak menuduh, "Ini tidak Sahih!!!". Aneh. Kita yang hendak menuntut ilmu, tetapi bertindak "mengajar" guru yang lebih alim itu.

Sedangkan guru yang lebih alim itu lebih luas hafalan ilmunya manakala kita masih belum menjumpai hadis-hadis tersebut. Dalam tradisi pengajian Islam, murid begini layak dihalau serta-merta dari majlis kerana tiada adab.

Seterusnya, "Intellectual Barbarism" sebenarnya lebih banyak berlaku kepada mereka yang dilihat telah berjaya dalam dunia akademik. Sikap sombong tak tentu hala dengan sedikit ilmu yang dimiliki adalah satu bentuk "Intellectual Barbarism".

Sebagai contoh, apabila telah berjaya dalam dunia akademik, seseorang yang berpenyakit "Intellectual Barbarism" itu cenderung untuk berasa "Akulah paling arif dan betul" sehingga bertindak di luar adab keilmuan dengan memperlekehkan pandangan ahli akademik lain. Malah pandangan tokoh agung juga diperlekeh oleh "orang baru" dalam dunia akademik ini.

Bagi memudahkan faham, masyarakat kita suka mengulas hukum-hakam Islam tanpa mempunyai ilmu Fiqh terlebih dahulu. Baru setahun dua mendapatkan sijil-sijil dari universiti, itu pun dalam keadaan tiada adab belajar, sudah mula memperlekehkan fatwa-fatwa Imam muktabar.

Kita berbangga-bangga dengan sedikit ilmu kita lalu mengelirukan masyarakat awam melalui ceramah, forum atau Kuliyyah. Sudah menjadi lumrah, seseorang yang tidak meiliki adab belajar, pastinya akan biadap dan sombong dengan ilmu yang dimilikinya ketika dia telah "berjaya". Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Walallah hu alam

REZEKI

Aku bagaimana?

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat. Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan. Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian. Rupanya dia begitu menikmati badai ujian dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna. Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung. Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah.

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

subhanallah!

Sunday, July 17, 2016

BUAT PERBANDINGAN

*MEDICAL FITNESS*
((( PREVENTION IS BETTER THAN CURE )))

MEDICAL FITNESS:-
-------------------

*CHOLESTEROL* (mmol/L)
------------------
Cholesterol --- < 5.2
HDL --- >1.03
LDL --- <4.1
Triglycerides -- <1.70
-------------------

*PLATELETS COUNT*
----------------------
150 - 410 (10^9/L)
--------------------

*BloodPressure* ----------
120/80 -- Normal
130/85 --Normal (Control)
140/90 -- Border high
>150/>95 -- High
----------------------------

*LOW BP*
---------
120/80 -- Normal
110/75 -- Normal (Control)
100/70 -- Low
90//65 -- V.Low
----------------------------

*SUGAR*
---------
Glucose (F) -- 4.1 - 5.9
(12 hrs Fasting)
Glucose (PP) -- <11.1
(2 hrs after eating)
Glucose (R) -- <11.1
(After 2 hrs)
----------------------------

*HAEMOGLOBIN*
-------------------
Male -- 13 --- 17
Female -- 12--- 15
----------------------------

*PULSE*
--------
72 per minute (standard)
60 --- 80 p.m. (Normal)
<40 @ >180 p.m.(abnormal)
----------------------------

*TEMPERATURE*
-----------------
37.0 Cel(Normal)
37.5 Cel Above (Fever)

Please help your Relatives, Friends by sharing this information....


Sent for u jer.

Wednesday, July 13, 2016

DEDIKASI

Jelapang ku...bercambah lalang..
- ramona albakrim-

Dedikasi kedahan.....

Semalam sunyi...bagai semua lena kekenyangan.
Semalam rata rata bertinggung bagai tiada lagi tugasan.
Hari ini angin bersimpul bagai tiada laluan keluar.
Senak jelapang bergolak bagai perang bermula.

Perdu padi ditumbuhi lalang.
Daun serupa bunga berbeza
keliru ciak berpinar mata.
Lalang menjulang nak jadi juara
Jelapang membahang terjejas damainya
Tundukkah lalang menyamar padi...
Atau kian mengikut angin ...ke kiri boleh...kanan pun hala.

Jelapang ....tunggu pesawahmu menyembur racun.

Sent from my iPhone

LIFE

: ● After 20 years old, "foreign country" and "hometown" is the same. (No matter where, also can adapt)


● After 30 years old, "night time" and "daytime" is the same. (A few days didn't sleep, doesn't matter)


● After 40 years old, "highly educated" and "lowly educated" is the same. (Lowly educated persons, may even earn more money)


● After 50 years old, "beauty" and "ugly" is the same. (No matter how pretty, at this age, wrinkles, dark spots, etc. are starting to appear.)


● After 60 years old, "high official" and "low official" is the same. (After retirement, their status are the same)


● After 70 years old, "big house" and "small house" is the same. (Joints degeneration, cannot walk, only require a little space .)


● After 80 years old, "have money" and "no money" is the same. (Even when spend money, also don't spend much)


● After 90 years old, "man" and "woman" is the same. (Because, nobody can still do that sort of thing)


● After 100 years old, "Lying down " and "waking up" is the same. (After wake up also don't know what to do)


Your life and my life is like that, not much difference.
Take life easy, after all, having seen through life, that's life.
Cherish what you already have, find back what you have lost!✌🏻


Sent from my iPhone

Tuesday, July 12, 2016

RENUNGAN

12/07/2016, 10:22:42 PM: Bang Teh: Buat renungan kita bersama dari sudut hati paling dalam...

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia tetap akan terus berada di dunia.

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Kesimpulannya:

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

KEBAHAGIAAN HIDUP...

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya.

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.

2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.

5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.

6. Ada 6 doktor terbaik:

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Gembira/ketawa

Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah...

Wallahu a'lam...


Sent from my iPhone