12/07/2016, 10:22:42 PM: Bang Teh: Buat renungan kita bersama dari sudut hati paling dalam...
Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:
Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.
Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.
Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.
Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:
1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.
2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia tetap akan terus berada di dunia.
3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.
Kesimpulannya:
Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.
KEBAHAGIAAN HIDUP...
Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.
Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.
Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.
Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.
Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.
Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya.
Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:
1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.
2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."
3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.
4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.
5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.
Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.
6. Ada 6 doktor terbaik:
a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Gembira/ketawa
Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah...
Wallahu a'lam...
Sent from my iPhone
tujuan diujudkan blog ini bagi menghimpunkan anak cucu cicit daripada allahyarham haji Ismail dan Hajah Saudah agar mengetahui perkembangan dan meneguhkan ikatan silaturahim sesama
Tuesday, July 12, 2016
Friday, April 15, 2016
Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?
Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan ("optional retirement") sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.
Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:
(i) Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.
(ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:
(i) Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.
(ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.
Sunday, September 13, 2015
PEMINDAHAN ANAK PADI (2)
Anak
padi (semai) yang sudah cukup umur (matang) akan dicabut dan dijadikan
"Cap" atau "unti" (ketul). kebiasannya kerja-kerja ini dilakukan
oleh kaum wanita secara gotong-royong (berderau). Semai-semai yang telah siap
dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum lelaki
dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik
menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak
sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.
![]() |
Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi
untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang
disediakan.
Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan kebanyakan oleh
kaum wanita
Semai (anak padi) dilihat dari dekat – telah hamper
l/kurang dalam 3 minggu
Semai-semai yang telah diketulkan di himpun,
kemudian diangkat ke petak-petak sawah (ubah semai/ anak padi) yang disediakan
untuk proses menanam padi
Alat teknologi tradisional ini digunakan untuk
mengangkut/memindahkan ketul-ketul semai dari petak semaian ke petak-petak
sawah untuk ditanam. dikenali dengan nama Pengandar Semai (bawah) dalam kuantiti yang banyak dan pengandar semai satu (dibuat dengan kayu yang keras)
ke Petak Sawah pula... next episod
Monday, September 7, 2015
ALATAN UNTUK MENGERJAKAN SAWAH PADI (1) - KAEDAH TRADISIONAL
Petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim
hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang
berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di
takungi air hujan secukupnya.
Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti berikut
digunakan.
TENGGALA
kegunaan
Untuk membajak / menghancurkan tanah dalam petak sawah
CANGKUL
kegunaan
Mencangkul tanah supaya batas sawah menjadi
rata
TAJAK
kegunaan
Alat teknologi persawahan tradisional
yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga
di tapak semaian.
SISIR BESI
kegunaan
Peranan dan fungsinya seperti
sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah
serta membersihkannya daripada rumput rampai.
SISIR PANJANG
kegunaan
Untuk menarik kapar di dalam
petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di
tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut
ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada
sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.
TENGGILING
kegunaan
Untuk memecahkan tanah yang
berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum
begitu baik tanpa menggunakan tenggiling
TAUHID ORANG KITA
Tauhid
atau akidah boleh diumpamakan sebagai satu kesimpulan. Selalunya
simpulan digunakan untuk mengikat sesuatubarang yang berharga. Begitulah
tauhid. Ia ibarah satu simpulan berbentuk keyakinan yang mengikat
hati manusia. Hati ialah “anggota” dalaman yang paling berharga dan
berkuasa dalam diri manusia.
Pada hati
itulah tempat letaknya keyakinan (tauhid). Orang yang kuat tauhidnya
ialah mereka yang memiliki hati yang tersimpul kuat dengan
Allah. Sebaliknya, tauhid yang lemah umpama simpulan yang longgar,
mudah terbarai dan terungkai. Ikatan hatinya dengan Allah tidak
mantap.
Apabila kita memperkatakan soal tauhid, tidak cukup sekadar
kita bercakap tentang “ada” atau “tiada”, tetapi perlu dibincangkan
juga soal “lemah” atau “kuat”. Inilah persoalan yang perlu difikirkan
apabila menyentuh soal bangsa Melayu dan tauhid.
Belum tentu dengan hanya menjadi seorang Islam, secara
automatik orang kita kuat tauhidnya. Malah kadangkala sinar tauhid
dalam hati kita umpama pelita yang kekeringan minyak. Padam tidak,
menyala pun tidak. Bak kata pepatah, hidup segan mati tak mahu.
Tauhid yang kuat amat besar pengaruhnya kepada
pembentukan peribadi dan akhlak seseorang. Ia akan membentuk
keyakinan, sistem nilai dan kerangka pemikiran yang jelas
dalam menjalani kehidupan. Tauhid yang kuat ialah penjana segala
kebaikan dan perisai untuk segala kemungkaran.
Soalnya sekarang, mengapakah orang kita yang bertauhid,
masih terlibat dengan pelbagai kemungkaran? Jika orang yang tidak
bertauhid terlibat dengan arak, dadah, pergaulan bebas, judi
dan sebagainya, orang kita yang bertauhid itu juga terlibat dalam
perilaku yang sama.
Itulah akibat Iangsung daripada tauhid yang lemah. Umpama
ubat, jika sekadar makan ubat, tetapi bukan ubat yang sebenar atau
kalau pun ubat sebenar, tetapi tidak menepati sukatan dan
aturannya, melanggar pantang jarangnya, makan makanan yang
memudaratkan, pasti ubat itu tidak berkesan untuk
menyembuhkan penyakit. Maka begitulah juga dengan tauhid, ia pun ada
pantang larang dan juga racun-racunnya tersendiri.
Mari kita teliti apakah ilmu tauhid yang dimiliki oleh
orang kita bertepatan dengan ajaran al-Quran dan sunnah? Jika ilmu tauhid yang diajar dan difahami oleh orang kita tidak bertepatan
dengan rujukan-rujukan yang autentik dan muktabar, maka sudah tentu
kesannya pada hati, pemikiran dan tingkah laku pun turut tidak tepat.
Hakikatnya, apa yang disangka tauhid itu bukan tauhid. Jika
diumpamakan simpulan, simpulan itu bukannya daripada tali yang
sebenar, sebaliknya daripada bahan-bahan yang rapuh. Maka
hasilnya sudah tentulah simpulan itu tidak kukuh.
Hal ini boleh terjadi justeru kita dapati acap kali
keyakinan atau tauhid orang Melayu dibauri dan dicemari
oleh kepercayaan yang karut- marut hasil kepercayaan tradisi nenek
moyang yang berbaur anirnisme. Apa yang disangka tauhid kadangkala
hanyalah mitos atau kepercayaan yang tidak bersandarkan al- Quran dan
sunnah. Juga harus diteliti,adakah tauhid yang dipelajari oleh orang kita itu
berasaskan ilmu yang jelas, Iengkap dengan dalil naqli dan aklinya,
sekurang-kurangnya secara ijmal (general)? Tauhid walaupun tepat, tetapi jika
tidak diperkuatkan dengan hujah dan ilmu, maka ia hanyalah satu kepercayaan
berbentuk ikut-ikutan yang begitu rapuh dan goyah sifatnya. Tauhid dalam bentuk
taklid yang tidak berdalildan berfakta ini mudah clikalahkan oleh serangan
hawa nafsu.
Anehnya, masih kedapatan orang kita yang begitu tinggi
ilmunya dalam bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan,
perubatan, ekonomi dan Iain-Iain, tetapi sangat dangkal ilmu wahyu
sekalipun sekadar untuk mengesahkan akidahnya (tahap fardu ain).
Ironinya, kita kadangkala begitu arif tentang mesin, haiwan, alam
dan lain-Iain, tetapi begitu jahil tentang ilmu
mengenal Pencipta (Allah).
Tanpa mengetepikan kepentingan persoalan fardu kifayah
(bidang kehidupan), persoalan fardu ain tidak boleh sekali-kali
diabaikan, malah perlu diutamakan. Dalam apa-apa jua
keadaan sekalipun, persoalan akidah ialah teras dan asas kepada semua
sistem kehidupan. Akidah umpama asas kepada bangunan kehidupan.
Semakin tinggi bangunan yang hendak dibina, maka semakin kukuhlah
sepatutnya tapak bagi bangunan itu perlu didirikan.
Petanda orang kita menghadapi masalah tauhid ialah
apabila percakaran sesama sendiri semakin dahsyat, peningkatan gejala
sosial, jenayah dan lain-lain yang begitu membimbangkan. Binalah
setinggi mana pun pencapaian ekonomi, itu hakikatnya hanya
meninggi- kan tempat jatuh… sekiranya tauhid terus diabaikan dan
racun-racunnya terus disebarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)











