Saturday, September 23, 2017

BERGADUH

23/09/2017, 9:50:49 AM‬:

Saya tertarik dengan artikel ini. Semuanya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk diri sendiri dan dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini.

Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH.....

-- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.

Sunday, August 27, 2017

LAMPU

27/08/2017, 8:18:24 AM:

MENGAPA SI BUTA BAWA LAMPU KETIKA BERJALAN SEDANG DIA MEMANG TIDAK NAMPAK?*

🍃🕌 بسم الله الرحمن الرحيم 🍃🕌 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه 🍃🕌
🍃🕌 الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
🍃🕌 اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله 🍃🕌



Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri.

Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Αda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.

Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.

Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.


Sent from my iPhone

Saturday, July 15, 2017

ORANG LAIN

DILARANG SOMBONG

*Lahir* : ditolong oleh *Orang lain*

*Nama* : diberi oleh *Orang lain*

*Pendidikan* : didapat dari *Orang lain*

*Gaji* : diterima dari *Orang lain*

*Kehormatan*: diberikan oleh *Orang lain*

*Mandi pertama*: dilakukan oleh *Orang lain*.

*Mandi terakhir*: dilakukan oleh *Orang lain*

*Harta setelah meninggal*: menjadi hak *Orang lain*

*Pemakaman* : dilakukan oleh *Orang lain*

Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan *Orang Lain*.

Kita mulai sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain :
*DI MANAKAH KEHEBATAN KITA*

Ternyata, kita bukanlah siapa-siapa tanpa "ORANG LAIN".

Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan bantuan mereka.

Sunday, May 21, 2017

Adab

Adab ketika cedok nasi...rezeki itu cantik disama ratakan.. tak baik kita mkn yg atas yg bwh2 tinggal kat org belakang...org tua2 dahulu msk nasi dapur kayu jika seperti gambar pertama tu cedok nasinya alamat yg belakang mkn kerak lah..tapi elok adab ini kita warisankan nmpk di situ keperihatinan keadilan dan sopannya cara kita......

Indahnya adab orang Melayu. Penuh dengan makna tersirat.


Sent from my iPhone


Sent from my iPhone

Wednesday, March 8, 2017

Parent Expectations

You know... when i see babies, i can't help but think, will they continue being a 'blessing' for their parents...

....Or will they grow to become a disappointment?

Kids are often told to respect their parents no matter what, but the weakness of this advice is that it became an excuse for parents to think they are never wrong. I think it's about time for parents to stop abusing the 'parental power' when their children don't turn out to be the way you want them to be. They have develop their own thoughts and feelings, they're not tools for you to boost your pride.

Remember the days when you were so happy to be blessed with that child you've become disappointed with.