Wednesday, June 16, 2021

CINTA IBU

Seorang IBU mendakap anaknya
seraya berkata padanya :
.
"Nak....,
Apabila ada seribu orang yang mencintaimu,
maka AKUlah yg pertama.
.
Apabila hanya ada satu orang yang mencintaimu,
maka itulah AKU.
.
Dan apabila tak ada seorangpun yang mencintaimu,
maka ketahuilah bahwa AKU telah pergi untuk selama-lamanya.....
 

Wednesday, April 14, 2021

MELAYU

"MELAYU Asalnya dari benih yang baik, BERTETAP tumbuh bercambah, JATUH ke laut menjadi pulau, SINGGAH di darat menjadi gunung, TERBANG ke langit menjadi awan, kalau MERANTAU pasti kembali, sudah kembali SUBUR menjadi, ibarat RESAM pokok padi, kian TUNDUK lagi kan berisi, dalam SEGENGGAM tak titis walau setitik, dalam TAMPI hampas dibuang, dalam hidup kata SEPAKAT,  dalam sepakat benar MAUFAKAT, kalau PUTIH putih katanya, kalau hitam putih JADINYA, tak TUMBUH tak melata, tak SUNGGUH orang tak kata, anak Melayu bani nya JAWI, pilihan bangsa Tuhan Ya RABBI, di beri TANAH di hujung bumi,  agar membenar AGAMA ILLAHI sehingga akhir zaman, hidup bagai bayang-bayang NABI, jatuh ia ke bumi kenallah ia akan RUHANI, membawa AMANAH di dalam jasmani, ISLAM meliputi sekelian tubuh, di dalam tubuh terpancar RUH, Sah lah hatinya Islam berpakaian BUDAYA Melayu, tidak BERGANJAK walau setapak terus maju, biar berputih mata gentar tidak berdiri TERPASAK, berusaha sekosa-kosa dalam KALIMAH tempat bertapak, setinggi Bukit SAMA di daki, securam lurah SAMA di turuni, BERDIRI ia lurus bagai ALIF tidak bertumpang,  LANGKAH tersusun tak pernah songsang, BAHASAnya peri tak pernah sumbang, bila mendengar cukup TELITI, bila melihat DISULAM mata hati, bila memberi PANDANGAN berpandang-pandang, CAKAP di kala malam berdengar-dengar, tandanya BERBUDI tak tampak kasar, itu lah Melayu tingginya ILMU, ibarat CAHAYA pelita dan sumbu, berbuat BAIK berpada pada, TERCUBIT paha kiri terasa kanan juga, AGAR Melayu kekal berbudaya, atas USAHA budi dan daya, sesungguhnya segala-segala yang baik dari ALLAH yang Maha ESA jua"

 

Tuesday, March 30, 2021

HARI BERLALU



*1 HARI BERLALU,  BERERTI 1 HARI PULA BERKURANGNYA USIA KITA*

Umur Kita Yang Tersisa Di *Hari Ini*, Sungguh Tidak Ternilai Harganya,

Sebab *Esok Hari*, Belum Tentu Jadi Bahagian Dari Diri Kita.

Kerana Itu, *JANGAN BIARKAN* HARI INI  Berlalu Tanpa *KEBAIKAN* Yang Boleh Kita *LAKUKAN,*

JANGAN Tertipu Dengan *USIA MUDA*, Kerana *SYARAT* Untuk MATI,  Tidaklah Harus *TUA*.

*JANGAN* Terperdaya Dengan Badan *SIHAT*, Kerana *SYARAT  MATI* Tidak Pula Harus *SAKIT*....

*TERUSLAH*
*BERBUAT BAIK …*
*BERKATA BAIK…*

WALAU Tidak Banyak Orang Yang *Mengenali Kebaikan Kita*, Tapi *KEBAIKAN* Yang Kita Lakukan Adalah *KEBAHAGIAAN* Dimana Perbuatan BAIK Kita di ketahui *Allah SWT*, dan  Akan Terus Dikenang Oleh Mereka Yang Tahu yang Kelak Kita Tinggalkan.

Jadilah Seperti *AKAR Yang TIDAK TERLIHAT*, Tapi Tetap *MENYOKONG KEHIDUPAN*...

Jadilah Seperti *JANTUNG Yang TIDAK TERLIHAT*, Tapi Terus *BERDENYUT* Setiap Saat TANPA HENTI;
Hingga Membuat Kita *TERUS HIDUP*, Sampai *BATAS WAKTUNYA UNTUK  BERHENTI*...

*SEMAKIN JAUH* Kita Meninggalkan Hari *Kelahiran*.. Semakin Dekat Kita Menuju Hari *Kematian*...

*KEMATIAN ITU PASTI*...
Tetapi Mati Yang Baik atau Buruk, adalah *PILIHAN*.

* Jangan sekali2  kita mengkhianati amanah yg telah kita terima... berbuat baiklah sesama insan... Meskipun terasa berat utk melaksanakan nya...

*Semoga Bermanfaat* 

Sunday, June 7, 2020

NILAI DIRI

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang. 

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja  kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. 

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

"Beberapa orang di kelab itu menawarkan  100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal  pasti tahu bagaimana untuk menghargai. 

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.