Sunday, March 20, 2022

ANAK-ANAK KU


Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NANTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA. 

Nukilan Rasa: Cheras, Selangor 

Tuesday, February 8, 2022

KEHIDUPAN

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi..

Sunday, January 30, 2022

SUAMI

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.

Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.

Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.

Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.

Suami.. dia milik Ilahi.
Dia akan pergi suatu hari nanti..
Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?

Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala isteri.. setiap masa. 

Sunday, November 28, 2021

IBARAT MENTOL TERBAKAR.



*Assalamualaikum WBT...*

Seorang pengarah kanan kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan, di mana dia memiliki sebuah banglo. Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun. Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka...
    
Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan, dan mereka sering bertemu selepas itu. Setiap kali, perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog, dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya, tentang "Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara; Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori "; dan seterusnya, dan orang tua yang menemaninya  mendengar dengan tenang...
    
Setelah berhari-hari berlalu, ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain, pak tua pendengar yang menemaninya itu membuka mulut dan berkata, "Setelah bersara, kita semua seperti mentol yang sudah terbakar. Tidak kira berapa watt mentol itu, berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya, tetap tidak bercahaya lagi setelah ianya terbakar"...
    
Dia selanjutnya berkata, "Saya telah tinggal di masyarakat ini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah Ahli Parlimen selama tiga penggal. Di sebelah kanan anda, dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta. Di hujung sana merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat. Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan ketua Bursa Saham sebelum bersara. Dia tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun, walaupun kepada saya, tetapi saya tahu"...

"Semua mentol2 yang terbakar ini sekarang menjadi sama - tak kira apa pun wattnya dulu - 5, 10, 40, 60, 100 watt - tiada bezanya sekarang. Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar - LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor atau lampu hiasan. Dan hal ini juga kawan ku, kini turut terjadi kepada anda. Apabila anda mampu memahami perkara ini, anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan dunia ini"...
    
"Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua-duanya nampak indah dan menikmatkan. Tetapi, pada hakikatnya, matahari terbit lebih penting dan dipuja, bahkan dinanti2, sedangkan matahari terbenam tidak diberi penghormatan yang sama. Lebih baik anda fahami hal ini lebih awal, daripada kecewa di kemudian hari kelak"...

Pangkat, gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. Terlalu beremosi dengan perkara2 ini hanya merumitkan hidup kita apabila kita kehilangan semua pangkat, gelaran dan kuasa pada suatu hari nanti...

Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir, raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama ... dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak2 selama ini...

Nikmati apa yang anda ada hari ini 😊.
Selamat berbahagia di hari yang mendatang sahabat2 ku semua... 

Sunday, July 4, 2021

KERINDUAN TIADA PENGHUJUNG

•┈┈•••⊰◈❀◉◉❀◈⊱•••┈┈•

*_📚AKU RINDU DIA_*


```kala sang alam mulai terlelap,
hening tiada terucap suatu kata.
hanya dapat memandang jauh keatas sana,
membuat membuat rindu ini semakin merona.

kutermangu dalam kesunyian,
tenggelam dalam kebisuan.
hanya hembusan angin malam yang berikan ketenangan,
ketika wajahmu jelas tergambar di pelupuk mata.

ingin kurengkuh sosok bayangmu,
namun bayangan hanyalah bayangan.
kurasakan kebekuan menyusup setiap jengkal aliran darah,
kuhela nafas panjang tuk redakan segala sesak yang ada,

saat kutatap rembulan

hatiku berbisik "AKU RINDU DIA,
akankah dia tau aku merindukannya…
tak bisa lagi kutahan jatuh air mata ini,
mengiring kerinduan yang tak tertahan lagi.

dan kembali kuberbisik lirih, dengan kepala tertunduk,
"AKU RINDU DIA,AKU SAYANG DIA" aku sangat merindukannya.
Kutitipkan doa buatmu disana


سَÙ„ْسَبِيلة//رودي//روضة```

۞اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ۞