Sunday, September 13, 2015

PEMINDAHAN ANAK PADI (2)

Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (matang) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti" (ketul). kebiasannya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara gotong-royong (berderau). Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.




Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.


Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan kebanyakan oleh kaum wanita


Semai (anak padi) dilihat dari dekat – telah hamper l/kurang dalam 3 minggu

Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah (ubah semai/ anak padi) yang disediakan untuk proses menanam padi



Alat teknologi tradisional ini digunakan untuk mengangkut/memindahkan ketul-ketul semai dari petak semaian ke petak-petak sawah untuk ditanam. dikenali dengan nama Pengandar Semai (bawah) dalam kuantiti yang banyak dan pengandar semai satu (dibuat dengan kayu yang keras) 



ke Petak Sawah pula... next episod


Monday, September 7, 2015

ALATAN UNTUK MENGERJAKAN SAWAH PADI (1) - KAEDAH TRADISIONAL

Petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya.

Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti berikut digunakan.


TENGGALA








kegunaan
Untuk membajak / menghancurkan tanah dalam petak sawah


CANGKUL
kegunaan
 Mencangkul tanah supaya batas sawah menjadi rata


TAJAK 
kegunaan
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian.


SISIR BESI










kegunaan
Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai.


SISIR PANJANG
kegunaan
Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.


TENGGILING
kegunaan
Untuk memecahkan tanah yang berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling



TAUHID ORANG KITA

Tauhid atau akidah boleh diumpamakan sebagai satu kesimpulan. Selalunya simpulan digunakan untuk mengikat sesuatubarang yang berharga. Begitulah tauhid. Ia ibarah satu simpulan berbentuk  keyakinan yang mengikat  hati manusia. Hati ialah “anggota” dalaman yang  paling berharga dan berkuasa dalam diri manusia.

Pada hati itulah tempat letaknya keyakinan (tauhid). Orang yang kuat tauhidnya ialah mereka yang memiliki hati yang tersimpul kuat dengan Allah. Sebaliknya, tauhid yang lemah umpama simpulan yang longgar, mudah terbarai dan terungkai. Ikatan hatinya dengan Allah tidak mantap.

Apabila kita memperkatakan soal tauhid, tidak cukup sekadar kita bercakap tentang “ada” atau “tiada”, tetapi perlu dibincangkan juga soal “lemah” atau “kuat”. Inilah persoalan yang perlu difikirkan apabila menyentuh soal bangsa Melayu dan tauhid.

Belum tentu dengan hanya menjadi seorang Islam, secara automatik orang kita kuat tauhidnya. Malah kadangkala sinar tauhid dalam hati kita umpama pelita yang kekeringan minyak. Padam tidak, menyala pun tidak. Bak kata pepatah, hidup segan mati tak mahu.

Tauhid yang kuat amat besar pengaruhnya kepada pembentukan peribadi dan akhlak seseorang. Ia akan membentuk keyakinan, sistem nilai dan kerangka pemikiran yang jelas dalam menjalani kehidupan. Tauhid yang kuat ialah penjana segala kebaikan dan perisai untuk segala kemungkaran.

Soalnya sekarang, mengapakah orang kita yang bertauhid, masih terlibat dengan pelbagai kemungkaran? Jika orang yang tidak bertauhid terlibat dengan arak, dadah, pergaulan bebas, judi dan sebagainya, orang kita yang bertauhid itu juga terlibat dalam perilaku yang sama.

Itulah akibat Iangsung daripada tauhid yang lemah. Umpama ubat, jika sekadar makan ubat, tetapi bukan ubat yang sebenar atau kalau pun ubat sebenar, tetapi tidak menepati sukatan dan aturannya, melanggar pantang jarangnya, makan makanan yang memudaratkan, pasti ubat itu tidak berkesan untuk menyembuhkan penyakit. Maka begitulah juga dengan tauhid, ia pun ada pantang larang dan juga racun-racunnya tersendiri.

Mari kita teliti apakah ilmu tauhid yang dimiliki oleh orang kita bertepatan dengan ajaran al-Quran dan sunnah? Jika ilmu tauhid yang diajar dan difahami oleh orang kita tidak bertepatan dengan rujukan-rujukan yang autentik dan muktabar, maka sudah tentu kesannya pada hati, pemikiran dan tingkah laku pun turut tidak tepat.


Hakikatnya, apa yang disangka tauhid itu bukan tauhid. Jika diumpamakan simpulan, simpulan itu bukannya daripada tali yang sebenar, sebaliknya daripada bahan-bahan yang rapuh. Maka hasilnya sudah tentulah simpulan itu tidak kukuh.

Hal ini boleh terjadi justeru kita dapati acap kali keyakinan atau tauhid orang Melayu dibauri dan dicemari oleh kepercayaan yang karut- marut hasil kepercayaan tradisi nenek moyang yang berbaur anirnisme. Apa yang disangka tauhid kadangkala hanyalah mitos atau kepercayaan yang tidak bersandarkan al- Quran dan sunnah. Juga harus diteliti,adakah tauhid yang dipelajari oleh orang kita itu berasaskan ilmu yang jelas, Iengkap dengan dalil naqli dan aklinya, sekurang-kurangnya secara ijmal (general)? Tauhid walaupun tepat, tetapi jika tidak diperkuatkan dengan hujah dan ilmu, maka ia hanyalah satu kepercayaan berbentuk ikut-ikutan yang begitu rapuh dan goyah sifatnya. Tauhid dalam bentuk taklid yang tidak berdalildan berfakta ini mudah clikalahkan oleh serangan hawa nafsu.

Anehnya, masih kedapatan orang kita yang begitu tinggi ilmunya dalam bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, perubatan, ekonomi dan Iain-Iain, tetapi sangat dangkal ilmu wahyu sekalipun sekadar untuk mengesahkan akidahnya (tahap fardu ain). Ironinya, kita kadangkala begitu arif tentang mesin, haiwan, alam dan lain-Iain, tetapi begitu jahil tentang ilmu
mengenal Pencipta (Allah).


Tanpa mengetepikan kepentingan persoalan fardu kifayah (bidang kehidupan), persoalan fardu ain tidak boleh sekali-kali diabaikan, malah perlu diutamakan. Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, persoalan akidah ialah teras dan asas kepada semua sistem kehidupan. Akidah umpama asas kepada bangunan kehidupan. Semakin tinggi bangunan yang hendak dibina, maka semakin kukuhlah sepatutnya tapak bagi bangunan itu perlu didirikan.

Petanda orang kita menghadapi masalah tauhid ialah apabila percakaran sesama sendiri semakin dahsyat, peningkatan gejala sosial, jenayah dan lain-lain yang begitu membimbangkan. Binalah setinggi mana pun pencapaian ekonomi, itu hakikatnya hanya meninggi- kan tempat jatuh… sekiranya tauhid terus diabaikan dan racun-racunnya terus disebarkan.