Sunday, June 7, 2020

NILAI DIRI

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang. 

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja  kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. 

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

"Beberapa orang di kelab itu menawarkan  100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal  pasti tahu bagaimana untuk menghargai. 

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Sunday, February 2, 2020

Photo from .☕

ANAK TANGGA - TERSIRAT DAN TERSURAT

Tentang maknawi pada tempayan-batok & bilangan 5 anak tangga 

"Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar." Bila para Sahabat bertanya: "Peperangan apakah itu?" Baginda berkata: "Peperangan melawan nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Yang empunya cerita ialah yang empunya cipta, demikian dalam hal memahami makna kebudayaan Melayu. Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak makna dan tujuan diperbuat oleh orang Melayu terdahulu, walaupun pada cipta yang sama - termasuklah perihal bilangan-bilangan anak tangga.

Ada yang memaknakan bilangan 5 itu pada Rukun Islam misalnya. Ada yang memaknakan bilangan 7 itu pada Martabat Alam, atau Petala Langit dan Bumi, atau Tingkat Syurga. Ada yang memaknakan bilangan 9 itu pada Wajah Diri. Sudah tentulah hari ini amat sulit untuk kita mengerti lantaran jauhari juga yang mengenal manikam.

Abdullah Mohamed (1985), menyatakan bahawa bilangan 5 anak tangga itu ialah lambang bagi makam-makam nafsu pada diri (ada yang mengatakan 4, 6 dan yang terbanyak ialah 7).

Dan ia bermula dengan maknawi tempayan dan batok (pencedok air).

Tempayan dilambangkan sebagai 'perbendaharaan yang tersembunyi' (terhimpun sekalian jadi), manakala air di dalamnya dilambangkan sebagai 'ilmu'. Betok melambangkan 'pencari ilmu' (yakni tuan rumah). Perbuatan mencedok air itu diibaratkan seperti 'menimba ilmu'. (Barangkali ungkapan 'menimba ilmu' itu berkait dengan air - perumpamaan dan bandingan lautan dengan ilmu Allah seperti dalam Al Quran - Luqman:27 & Kahfi:109).

Membersihkan kaki itu ialah lambang betapa ilmu itulah yang akan menyuci diri (kata Nakula membersih kalbu - juga barangkali kerana 'kehendak' itu zahirnya ialah kaki). Kemudiannya, langkah menaiki:

Anak tangga pertama: Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang mendorong seseorang melakukan maksiat. Ditinggalkan makam (persinggahan) nafsu ini, naik ke:

Anak tangga kedua: Nafsu Lawwamah iaitu pada makam nafsu yang masih terdorong Ammarah tetapi mula mencela perbuatan maksiat.

Anak tangga ketiga: Nafsu Mulhammah iaitu pada makam nafsu yang mendorong berbuat baik.

Anak tangga keempat: Nafsu Mutmainnah iaitu pada makam nafsu yang tenang, tidak bergundah dan menyerahkan diri kepada Allah.

Anak tangga kelima: Nafsu Radhiah iaitu pada makam nafsu yang redha pada Allah dalam segala-galanya. (Ada yang menyebut selepas Radhiah ada Mardhiah dan terakhir ialah Kamilah).

Pada ketika memasuki rumah, maka digambarkan inilah sebenar-benar hakikat yang perlu dicapai pada manusia (tuan rumah) yakni menjadi sebaik-baik insan.

Namun, bukanlah perbuatan menaiki anak tangga itu yang menjadi asbab penyucian jiwa seseorang. Sebaliknya, orang Melayu terdahulu mengisi kegiatan harian dengan perkara 'SUPAYA SENTIASA MENGINGATI atau ZIKRULLAH)'. Oleh sebab tangga rumah ialah antara yang selalu dilalui, maka di situlah ditandakan dengan peringatan.

Rujukan:
Abdul Rahman Al-Ahmadi, 2000. Petua Membina Rumah Melayu dari Sudut Etnis Antropologi. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. (Sumber diambil dari Abdullah Mohamed, 1985. Senibina Islam Aplikasi di Malaysia. Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Kelantan).

Kredit: Tn Hamdi Hanapi

Friday, January 31, 2020

KEMENYAN

PEMIKIRAN SAINTIFIK NENEK MOYANG YANG DISALAH ERTIKAN

Seingat saya, ilmu tentang penggunaan kemenyan di Alam Melayu ini benar-benar saya perolehi dari lapangan. Saya masih belum jumpa lagi sumber rujukan bertulis.

1) Semasa saya melawat tukang membuat keris di selatan Thailand, beliau memberitahu saya bahawa antara sebab keris diasapkan dengan kemenyan selepas dicuci dengan limau ialah supaya air limau yang melekat pada bilah keris itu cepat kering selain untuk mewangikan keris.

Ini mengelakkan keris berkarat. Di samping itu, kemenyan yang mempunyai getah boleh membalut racun-racun yang disapu pada keris. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti karat.

2) Semasa saya menjejak tinggalan sejarah dan budaya di Kerinci, seorang tua memberitahu saya bahawa pada zaman dahulu di Kerinci, dinding masjid dan rumah akan kerap diasap dengan kemenyan untuk mencegah dari anai-anai. Kemudiannya asap kemenyan diletakkan di ruangan untuk menghalau nyamuk dan mewangikan ruangan. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti serangga.

3) Seorang pengamal perubatan tradisional pula pernah memberitahu saya bahawa tabib zaman dahulu akan membakar kemenyan ketika menjalankan rawatan supaya fikiran pesakit menjadi tenang memandangkan kemenyan adalah antara bahan pewangi pada ketika itu. Makanya, kemenyan digunakan sebagai aroma terapi.

Namun apabila sebahagian manusia menyalah gunakan asap kemenyan bagi tujuan khurafat dan tahyul, maka penggunaan kemenyan dalam masyarakat Melayu disalah ertikan. Dengan itu, kemenyan adalah antara mangsa 'pukul rata' atau generalisasi oleh masyarakat moden.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara 

Tuesday, January 14, 2020

RUMAH

TAJUK - RUMAH

*Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah
anak-anak adalah rumah ibu bapa*

*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*

*Makan apa sahaja...*

*Tengok siaran tv ikut suka...*

*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*

*Tapi...*

*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*

*Tak boleh masak sesuka hati...*

*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*

*Buat apa sahaja ikut suka....*

*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*

*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*

*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*

*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*

*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*

*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*

*Apatah lg dgn sesuka hati.*

*Takut rosak lah...*

*Takut langgar lah...*

*Takut calar lah.....*

*Kalau guna pun...*

*Pastikan minyak penuh semula.....*

*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*

*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*

*Belum tentu mengasihi ibubapa....*

*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*

*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*

*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*

*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*

*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*

*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*

*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*

*Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...*

*Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.