Wednesday, October 30, 2019

RENUNGAN

Bayangkan

Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.

Bangun pagi nanti, kita cek akaun melalui Maybank2u , punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi melancong dan Umrah

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan Lambo Avantador. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke sana.. Kita pun call tuan kereta sewa untuk sewa kereta. 

"Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan. 

Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan. 

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. 

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan. 

Kita melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 Eleven. Buat kali pertama kedai 7 Eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. 

Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan. 

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan. 

Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu seadil2 dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki, jawatan besar, kedudukan yang tinggi, pengaruh yang besar, pangkat, kejayaan, kemewahan, kemasyhuran yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina kepada orang yang serba kekurangan Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

Friday, June 14, 2019

Tanah Lot @ Lot Lidi

Pembeli tiada hak pemilikan

PENJUALAN tanah lot murah berstatus pertanian tanpa geran pegangan individu atau 'lot lidi' merupakan satu cara individu termasuk syarikat memanipulasi proses jual beli tanah demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Namun di sebalik itu, lebih malang apabila ramai pembeli yang kurang arif dalam proses jual beli hartanah tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai hak mahupun pemilikan terhadap tanah lot sedemikian.

Apa tidaknya, menerusi harga murah ditawarkan, ramai yang berebut untuk membelinya sedangkan pada hakikatnya pembeli terbabit ibarat memajak tanah orang lain dengan tujuan membina kediaman.

Perkara itu dijelaskan Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd. Jusni Hashim (gambar) yang menyifatkan keadaan itu berlaku kerana proses jual beli hanya berpandukan kepada surat ikatan amanah tanpa disertakan permohonan pertukaran hak milik tanah seperti borang 14A.

"Ramai yang percaya dengan adanya surat ikatan amanah dan perjanjian jual beli sudah cukup untuk menyatakan bahawa tanah tersebut sudah ditukar milik kepada pembeli namun pemahaman itu salah dan tidak benar.

"Selagi tiada permohonan yang dibuat melalui Borang 14A maka tanah tersebut bukanlah milik pembeli dan masih milik penjual (jika nama penjual berada dalam geran) sehingga berlaku sesuatu seperti pengambilalihan oleh kerajaan, di mana pampasan itu hanya akan dibayar kepada nama pemilik dalam geran bukan kepada pembeli lot," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Mohd Jusni berkata, pejabat tanah hanya akan mengiktiraf pemilikan melalui nama yang terdapat di dalam geran dikeluarkan.

"Lebih menyulitkan keadaan apabila pemegang amanah yang merupakan penama dalam geran meninggal dunia dan selepas itu waris pemegang amanah seperti anak mereka boleh menuntut tanah berkenaan.

"Sebagai contoh, anak atau isteri pemegang amanah masih mempunyai hak ke atas tanah dijual kepada pembeli-pembeli lot dalam satu-satu bidang tanah, maka apa-apa boleh terjadi dan mereka boleh menuntut hak sekali gus menjualnya.

"Soal pengagihan pampasan pula perlu dirujuk ke mahkamah dan akan memakan masa yang panjang sekiranya tanah berkenaan diambil alih untuk tujuan pembangunan kerajaan atau dijual oleh penama geran kelak," ujarnya.

Bagaimanapun bagi proses yang telus, jelasnya, penjual boleh membahagikan tanah tersebut kepada lot-lot tertentu mengikut syarat seperti 15.24 meter untuk rizab jalan, keluasan satu-satu lot tidak kurang 3,750 kaki persegi dan lebar mesti melebihi 15.24 meter.

"Ini adalah syarat untuk melayakkan pembeli untuk mendapatkan geran pegangan individu atau erti kata lain menjadi pemilik sah kepada tanah lot yang dijual menerusi permohonan borang 14A," katanya.

Namun, katanya, kebanyakan penjual tidak mahu mengikut syarat tersebut kerana ia akan mengurangkan keluasan tanah sekali gus menjejaskan keuntungan.

"Biasanya satu ekar tanah hanya boleh dipecahkan kepada enam hingga lapan lot sahaja tetapi bagi penjual, mereka boleh mengaut keuntungan dengan memecahkan lebih lima belas lot untuk tanah seluas seekar.

"Bagi proses pecah geran, beberapa perkara perlu dibuat seperti permohonan, khidmat juruukur dan sebagainya yang akan meningkatkan kos termasuklah menukar status tanah pertanian kepada bangunan.

"Disebabkan itulah ramai penjual mengenepikan perkara itu kerana mahu menjual tanah tersebut dengan mudah tanpa memikirkan kesan kepada pembeli, justeru pembeli mesti tahu hak mereka sebelum tertarik dengan tawaran harga murah semata-mata," jelasnya.

Utusan Online
31 Mac 2018 4:00 PM


Sent from my iPhone

Friday, May 10, 2019

NASI ULAM UTARA




sediakan seberapa banyak ulam yang kita mahu..

1) pucuk mengkudu
2) pucuk berbuaih
3) daun kaduk
4) daun sekentut
5) ulam pegaga
6) pucuk gajus
7) daun selum
8) ulam Raja
9) daun kunyit
10) pucuk putat
11) tenggek burung



- susun mengikut cara masing2..yang mudah untuk di ikat..
- gulungkan ulam2 yang telah disusun..


ulam2 yg telah di ikat


potong ulam2 tadi dengan halus..



sediakan beberapa ekor ikan kering dan ikan basah..

**ikan tengiri lagi bagus


sediakan kerisik



- bawang besar 8@9 biji (mayang)
- serai 4 batang
- halia 2 inci
- lengkuas 2 in


-tumbukkan ke semua bahan2 tadi..
- lada hitam, kelapa yang disangai,, ikan basah dan ikan kering..



Gaulkan kesemuanya kedalam nasi tadi



Done.... dah boleh makan

Cuba try test... perghhhh


Sent from my iPhone