Friday, February 21, 2014

Mendidik Anak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Jumaat lepas masa Khutbah Jumaat, khatib ada share beberapa perkara yang rasa saya agak menarik juga untuk saya sampaikan juga berkongsi dengan readers.

Dalam khutbah tu khatib ada sebutkan mengenai "Mendidik Anak" oleh Imam Al-Ghazali dalam salah satu buku yang dia tulis.

Antara perkara yang disebutkan dalam tu adalah.
1. Contoh ikutan
2. Pemerhatian dan meniru
3. Kelaziman atau kebiasaan
4. Ganjaran dan hukuman
5. Nasihat yang berpendekatan jiwa.

Berikut apa yang boleh saya sampaikan mengikut turutan apa yang disampaikan hari tu.

1. Contoh Ikutan. 

Yang pertama dalam hendak mendidik, perlulah dididik kita sendiri menjadi contoh yang boleh diikut. Jangan pula seperti peribahasa melayu kita, "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"

Contoh mudah, Rasulullah SAW, bagaimana hebatnya akhlak peribadinya. Hinggakan walau sekecil kecil hal yang dibuat sebenarnya membawa mesej positif pada yang ada disekelilingnya. begitulah aura yang kita perlu ada. Menjadi Contoh Ikutan. Ambil Rasulullah sebagai contoh kita, hayati betapa indah perlakuannya, semat dalam diri kita, akhirnya pasti perkara berkenaan sebati dalam jiwa kita.

2. Pemerhatian dan meniru
Bagi yang dekat dengan kanak kanak, anda tentu perasan sesuatu tentang mereka yang mana mereka suka untuk mengikut kita dalam apa yang kita kerjakan. Tak perlu ambil contoh jauh, khalifah kecil saya tu sudah, hari tu Opah dia batuk, sekali dengan dia pun buat buat batuk, nak tergelak saya dengar akak sepupu dia tegur, "Uwais tiru Opah batuk ya." tersipu sipu pula dia senyum.

Apa yang pasti dari pemerhatian itu mereka cenderung untuk mengikut. Bayangkan yang ada kita buat itu contoh yang tak baik, tak mustahil itu yang bakal mereka ikut.

3. Kelaziman atau kebiasaan.
Bab kelaziman dan kebiasaan. Ambil contoh diri kita sendiri. Apabila kita dah terbiasa buat sesuatu menjadi rutin, bagaimana ianya akan jadi bila ditinggalkan? Mesti rasa kekok bukan? Atau sesetengah perkara yang sudah sebati dengan diri kita akan automatik mengingatkan diri kita bila tiba masa. Begitulah mendidik, jadikan perkara kelaziman itu sesuatu kebiasaan. Seperti solat, ajar mereka "BIASA" dengan solat, biasa dengan perkara perkara kebaikan semenjak dari kecil lagi.

4. Ganjaran dan hukuman
Yang baik diberikan ganjaran, yang buruk dan salah diberikan hukuman. Kadang kala ganjaran tak perlu bersifat material pun, mungkin boleh dialihkan kepada puji pujian kepada mereka, dalam menggalakkan mereka melakukan kebaikan, dan hukuman sebagai pengajaran, agar perkara yang tak baik itu dijauhkan.

 5. Nasihat
Nasihat terbaik adalah yang berpendekatan mendidik jiwa. Nasihat dengan kasih sayang itu sebenarnya sangat hebat kuasanya. Hati yang keras mampu dilembutkan. Benar bukan, teguran yang lembut, dalam masa sama memberi semangat, buatkan hati membuak buak berubah, namun apabila dibentak bentak, hati mula memberontak, langsung tak mendidik, malah lagi teruk hasilnya.


Dalam mendidik, saya tak perlu kaitkan dengan anak anak pun, sebab ini apa yang mampu kita sndiri buat. Contoh diri saya sendiri, satu masa dahulu mudah betul melatah bila dicuit, dan tiap kali melatah, keluar perkataan yang tak sepatutnya, walau bukan kata yang lucah atau kotor, tapi keluar perkataan "opocot". Lama kelamaan bila saya sedar, saya tukarkan perkataan itu kepada ALLAHUAKBAR. dan alhamdulillah, perkataan itu jadi perkataan yang mudah sekali keluar dari mulut setiap kali saya terkejut atau apa sahaja. Dari kebiasaan dan kelaziman tak baik ditukarkan menjadi perkara yang positif.

Sabda Rasulullah, :“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim)

Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa yang dicoretkan, atau di bentuk ibu bapa itulah apa yang anak jadi. Baik kita, baiklah dia. bersama doa. InsyALLAH. kita hanya berusaha dan berdoa.

Kegagalan kita mendidik anak adalah kerugian besar yang tak mampu hendak digantikan dengan harta benda.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al-Anfaal : 28)


Wallahualam

No comments:

Post a Comment