Saturday, July 14, 2018

Usia

💧Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam.. kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
*(Qs.Hud : 15-16)*

💧 Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati kita utk melihat Akhirat.
*(Qs.Al Isra:72)*

💧 Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita.... kerana Allah sedang mengajarkan kita bahwa pautan hati dgn makhluk senantiasa menghampakan.. namun hati yg berpaut kpd Allah, tiada pernah mengecewakan.
*(Qs.Al Lukman : 22)*

💧 Semakin bertambah usia semakin gugur gigi2 kita.... kerana Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedlm tanah selamanya.
*(Qs.Ali Imran : 145)*

💧 Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang & sendi kita.... kerana Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi nyawa kita akan diambil...
*(Qs.An Nisa : 78)*

💧 Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita.... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yg putih.
*(Qs.Ali Imran : 185)*

💧 Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi & ingin bersendirian... kerana Allah sedang mendidik kita utk melepaskan cinta manusia & bersendirian di alam barzakh.
*(Qs.Al-An'am : 32)*

No comments:

Post a Comment